[reng.gut] | رڠݢوت
Definisi : ; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[reng.gut] | رڠݢوت
Definisi : ; merenggut menarik dgn cepat; menyentak: Perompak ~ beg duit perempuan itu dr tangannya. ~ nyawa meragut nyawa. renggutan tarikan yg keras; sentakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)