Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.kuh] | رڠکوه

Definisi : ; merengkuh menarik (men­dekat­kan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya; ~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung; rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg menarik manusia mem­belakangkan Allah SWT; perengkuh alat utk merengkuh (merenggut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.kuh] | رڠکوه

Definisi : ; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rengkuh
Kata Terbitan : merengkuh,

Peribahasa

Sekali merengkuh dayung,
     dua tiga pulau terlampau.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.

 

Lihat selanjutnya...(2)