Definisi : (réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung, berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor; rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; berentetan berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun: tembakan kedengaran ~ di luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /réntét/; berentet-rentet, berentetan 1 berangkai-rangkai; bersambung-sambung. 2 berturut-turut (berganti-ganti). rentetan rangkaian beberapa benda yg dikaitkan; deretan: ~ peristiwa; ~ bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)