[rin.ci] | رينچي
Definisi : ; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara; perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet; perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~ jawatankuasa perancang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rin.ci] | رينچي
Definisi : ; merinci 1 memecahkan atau membahagi-bahagikan sesuatu kecil-kecil. 2 menerangkan atau menjelaskan satu per satu. memperincikan menjadikan sesuatu dpt dirinci. terperinci telah diperincikan atau telah dihuraikan sepenuh-penuhnya. perincian 1 pembahagian kpd beberapa bahagian yg kecil. 2 huraian atau tafsiran ttg sesuatu. pemerincian perbuatan atau hal memperincikan. perinci alat utk merinci; orang yg merinci. pemerinci orang yg memperincikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)