[ru.nut] | رونوت
Definisi : bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)