Definisi : = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (keĀgelisahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : , = ~ hati tidak senang hati; sentiasa gelisah; risau: Hatinya sentiasa ~. berusuh; ~ hati bersusah hati; berdukacita: Banyak orang yg ~ hati oleh kematian pemimpin itu. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan rasa rusuh (hati); menggelisahkan: Banyak perkara yg ~ fikirannya. kerusuhan keadaan atau perasaan rusuh; kekacauan. ~ hati keadaan atau perasaan rusuh hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)