Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)