Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.bar] | سامبر

Definisi : ; menyambar 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam; haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya; baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3. menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll): api itu dgn bengisnya ~ minyak, me-rosakkan harta benda; cepat spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat: “Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan; ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.bar] | سامبر

Definisi : ; menyambar 1 menangkap dgn paruh atau dgn kuku sambil terbang; menangkap mangsa dgn cepat: Helang ~ ayam. 2 melakukan sesuatu (spt menyamun) dgn kasar dan cepat: Pemuda itu ~ pisau dr tangan orang gila itu. 3 membakar dgn cepat; mengenai sesuatu (bkn petir dll): Halilintar ~ batang kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambar
Kata Terbitan : menyambar, sambaran, penyambar,

Puisi
 

Tikar pandak sambar gelama,
     Mari bentang haluan perahu;
Saya hendak sudahlah lama,
     Saja tuan buat tak tahu.


Lihat selanjutnya...(4)