[sam.pu] | سمڤو
Definisi : sj penyakit (yg berpanjangan dan boleh menguruskan badan); ~ pening penyakit selalu pening-pening; menyampu menawarkan (menghentikan) penyakit yg dipesonakan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sam.pu] | سمڤو
Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ dingin sj tumbuhan (pokok), Vernonia chinensis; ~ pucat sj tumbuhan (pokok), Hedyotis congesta; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), pecah payung, Ixora crassifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sam.pu] | سمڤو
Definisi : pelbagai jenis penyakit (spt kurang darah) yg melarat dan dpt menguruskan badan. ~ pening penyakit yg menyebabkan seseorang selalu berasa pening atau pening sebelah kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)