Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sas.te.ra] | سسترا

Definisi : 1. bahasa yg digunakan dlm kitab-kitab (bukan bahasa basahan); 2. = kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri ke­istimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan ke­seronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sas.te.ra] | سسترا

Definisi : 1 = kesusasteraan hasil seni yg diwujudkan dlm bentuk karangan bebas atau dlm bentuk puisi. 2 ba­hasa yg digunakan dlm tulisan; baha­sa surat. sasterawan 1 orang yg meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera. 2 orang yg ahli ttg sastera. 3 orang yg cerdik pandai. kesasterawanan hal, sifat dsb yg berkaitan dgn sasterawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sastera