Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.jat] | سجت

Definisi : hilang atau kering (air, minyak, dll) kerana menjadi wap dll: ada seketika air pun ~lah; saya ada sepuluh gelen minyak petrol, tetapi tiga gelen daripadanya telah ~ kerana panas; menyejatkan mengeringkan air dll (dgn me-ngewapkan dll): air bersih tidak mening­galkan apa-apa hampas apabila disejatkan; tersejat telah hilang atau kering (air dll) kerana diwapkan dll: garam akan meng­hablur di sekeliling pantai laut apabila air-nya ~ oleh panas matahari; penyejatan perihal menyejat (menjadi kering): utk menghindarkan ~, permukaan air itu hendaklah dilapisi dgn minyak; penyejat alat (mangkuk dll) utk menye­jat-kan sesuatu: mangkuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.jat] | سجت

Definisi : habis atau keluar airnya kerana dipanaskan (diperah dll). menyejat menjadi kering atau habis airnya kerana dipanaskan dll: Takung bulat yg tinggi itu menahan air drpd ~. menyejatkan mengeringkan air dll dr sesuatu dgn memanaskannya dll. tersejat telah kering atau hilang airnya kerana dipanaskan dll. penyejatan hal atau proses menyejat: ~ air lebih cepat berlaku apabila suhu tinggi. penyejat alat utk menyejat: mangkuk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejat (adjektif)
Bersinonim dengan kering, ringkai, timpas, kasang, cerin, cering, gersang;,
Kata Terbitan : menyejatkan, tersejat, penyejatan,