Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; tanda ~ cap atau tanda (yg dibakar dahulu sebelum digunakan); menyelar 1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~ lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata), mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munsyi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di Pahang; 3. Mn meng-goreng (ikan dll); selar-menyelar tuduh-menuduh (kata-me­ngata dll); menyelarkan membubuh (tanda) pd se­suatu: dia ~ tanda bintang pd lembu itu; selaran 1. hasil menyelar (dgn besi panas); ~ matahari keadaan merah dan melecur pd kulit akibat terlalu lama berjemur di bawah matahari yg panas terik; 2. ki tuduhan, kecaman, kritik: ~ ini menyakitkan juga hati kita yg mendengarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cap atau tanda yg dibuat pd kulit haiwan dsb dgn menggunakan besi yg dibakar atau besi panas. ~ matahari kesan pd kulit yg disebabkan oleh sinaran cahaya matahari: Terlampau banyak berjemur boleh menyebabkan ~ matahari. menyelar 1 membubuh tanda atau cap dgn besi yg dibakar. 2 ki mengeluarkan kata-kata yg mem­burukkan orang lain; mengecam; me­nuduh. menyelarkan membubuh sesuatu sbg tanda pd kulit haiwan dsb: Pekerja ~ tanda bintang pd lembu-lembu itu. selaran ki kata-kata yg mem­burukkan orang lain; kecaman; tuduhan: ~ ini menyakitkan hati kita yg mendengarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selar (kata nama)
Bersinonim dengan tanda, cap, tera, cetakan, segel, setempel, mohor, meterai;,
Kata Terbitan : menyelar, selar-menyelar, selaran,