Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (selékéh) 1. kotoran, palit, noda: gambar itu tidaklah ubahnya spt satu ~ warna-warna yg bercampur aduk; 2. kotor, tidak senonoh (pakaian dll), dipenuhi kotor: dia membetulkan gincunya yg agak ~ sedikit; berselekeh penuh dgn kotoran (cemar, noda), berpalit (dgn benda-benda kotor), tidak se-nonoh (pakaian): pakaian mereka ~, dan rambut panjang tidak berbela; menyelekehi mengenakan kotoran (noda), mengotori. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /selékéh/ 1 benda-benda kotor yg melekat pd sesuatu; palit: Bersihkan ~ pd mulutmu itu. 2 dipenuhi benda-benda kotor; tidak senonoh (bkn pakaian dll): Muka engkau ini ~ benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selekeh.