[se.lé.wéng] | سليويڠ
Definisi : (seléwéng); menyeleweng 1. menyimpang dr arah yg betul, tidak menurut jalan yg betul: lembu yg kena rebuk itu ~ ke tengah jalan; 2. ki menyimpang dr tujuan sebenarnya, tidak menurut landasan-landasan (syarat, perintah, dll) yg telah ditetapkan, meng-khianati, membelot: hadirin dibawa balik kpd tajuk perbincangan kiranya mereka ~; menyelewengkan 1. menjadikan menyeleweng (menyimpang dr tujuan dll): saya me-lihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yg telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur; 2. menggelapkan, men-curi: dan kemudian dia ditangkap terbukti ~ gula pasir; terseleweng telah menyeleweng atau diselewengkan: rakaman dan tafsirannya ~ drpd yg sebenarnya; penyelewengan perbuatan menyeleweng(kan), penyimpangan: ~ drpd dasar, memisahkan kita drpd hakikat pengajaran agama; penyeleweng orang yg menyeleweng, pembelot: aku yg berjuang menentang penjajahan, sekarang dituduh sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.lé.wéng] | سليويڠ
Definisi : /seléwéng/; menyeleweng 1 menyimpang dr arah (jalan) yg sebenarnya. 2 tidak menurut syarat-syarat dll yg telah ditentukan; menyimpang drpd tujuan yg sebenarnya: Ketika kita berbincang ttg hal itu, kita tidak harus ~ kpd perkara-perkara lain. menyelewengkan 1 menjadikan me- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[se.lé.wéng] | سليويڠ
Definisi : nyeleweng: ~ dasar perjuangan. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan kpdnya; menggelapkan: Dia dituduh ~ wang syarikatnya. penyelewengan perbuatan (hal dsb) menyeleweng atau menyelewengkan. penyeleweng orang yg menyeleweng atau yg menyelewengkan sesuatu; pembelot: ~-~ akan dipecat drpd menganggotai parti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)