Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.di/] | سليديق

Definisi : teliti dan cermat: terlalu rajin ia be-lajar bahasa Melayu serta dgn ~nya; menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemung­kinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; penyelidikan perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.di/] | سليديق

Definisi : cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(3)