[se.li.rat] | سليرت
Definisi : ; berselirat 1. berjalin-jalin dan kusut (sarang labah, jaring, dll): saluran-saluran darah yg halus ~ di dlm dinding usus; 2. ki berkecamuk (fikiran dll), tidak tenteram: banyak benar perkara yg ~ dlm kepala saya; menyeliratkan menjadikan atau menyebabkan berselirat; ~ fikiran menyebabkan fikiran berkecamuk atau tidak tenteram; ® sirat I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.li.rat] | سليرت
Definisi : ; berselirat berjalin-jalin dan kusut keadaannya (spt sarang labah-labah). menyeliratkan menjadikan berselirat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)