[se.ri.ga.la] | سريݢالا
Definisi : sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon rutilans; ~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk mendapatkan benda itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ri.ga.la] | سريݢالا
Definisi : binatang liar yg rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan, Canis aureus. ~ laut binatang laut yg kakinya kelihatan spt kepak (dpt meluncur dgn pantas di dlm air); anjing laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)