[se.sar] | سسر
Definisi : ; menyesar 1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser; 2. mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dll); jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga prb sesuatu perkara yg telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopohkan sangat (hendaklah sabar mengerjakannya); menyesarkan 1. mengalihkan, menggeserkan (menguakkan dan menutup spt kelambu dll); 2. mendesak supaya keluar atau bebas; 3. (Kim) membebaskan sesuatu unsur drpd sebatian kimia (spt hidrogen drpd asid dll); penyesaran perbuatan menyesar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.sar] | سسر
Definisi : ; menyesar 1 bergerak atau beralih sedikit-sedikit. 2 ist beralih (bkn atom dlm sebatian kimia). menyesarkan 1 menjadikan beralih; mengalih. 2 ist mengambil tempat atau mengalih atom dlm sebatian kimia oleh atom lain: Zink lebih aktif drpd kuprum kerana zink dpt ~ kuprum dr larutan garam kuprum. tersesar telah beralih dr tempat asal. penyesaran perbuatan (proses dsb) menyesar atau menyesarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)