Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terang (halaman, kawasan, dll), bersih; menyiang 1. = menyiangi mencabut rumput (semak dll) supaya bersih: Hari Raya Pak Mat lumayan dgn duit, tanah perkuburan dia yg menyianginya; musim yg ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi; 2. = mempersiang mem­bersihkan ikan (daging dll) sebelum dimasak: aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru; menyiangkan menyiang (ikan, ayam dsb) utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terang dan bersih sama sekali (kerana dibuang semaknya dll). me­nyiang 1 mencabut rumput (lalang, duri dll) supaya bersih: ~ sawah membersihkan sawah drpd tumbuh-tumbuhan yg tidak berguna. 2 membersihkan ikan (daging, sayur) sebelum dimasak: ~ ikan membuang sisik dan perut ikan sebelum dimasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siang II