[si.dang] | سيدڠ
Definisi : 1. berhenti (hujan dll), reda; 2. Kl berkurang (sakit dll), beransur pulih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[si.dang] | سيدڠ
Definisi : ketua kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[si.dang] | سيدڠ
Definisi : 1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ mesyuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsirannya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg bersembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat tertinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pembaca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyuarat yg diadakan secara tergempar (utk menyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg membolehkan dua individu atau lebih dr tempat yg berlainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau persidangan, bertemu utk berunding, bermesyuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)