Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda-tanda yg terdapat pd alat peng­ukur (jangka suhu dsb) utk menentukan besarnya satuan ukuran: ~ Centigrade; kayu ~ kayu pembaris; 2. tingkatan (gaji dll); 3. nisbah atau kadar jarak (dlm peta, pelan, dll) sbg ganti yg sebenarnya: pelan sebuah rumah dilukis dgn ~ satu sentimeter bagi satu meter; ~ Celsius skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 0) dan takat didih air (diberi nilai 100); ~ Fahrenheit skala suhu yg berdasarkan takat beku air (diberi nilai 32) dan takat didih air (diberi nilai 212); ~ Rich­ter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi, bernilai dr 0 hingga 8 atau lebih; penskalaan penghasilan skala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tanda-tanda tetap yg terdapat pd sesuatu alat pengukur: Pd pembaris ini, ada ~ inci dan ada ~ sentimeter. 2 alat yg bertanda dgn ukuran-ukuran tertentu: kayu ~ kayu pembaris. 3 susunan se­suatu tangga gaji; tingkatan gaji. 4 bandingan ukuran antara sesuatu yg benar dgn yg dilukis (dipetakan): Pelan rumah itu dibuat dgn ~ 1 inci bagi 10 kaki. ~ Richter skala yg digunakan utk mengukur kekuatan gempa bumi (ukuran 5.5 hingga 8.9 dianggap sbg gempa yg teruk dan menyebabkan kemusnahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skala.