[so.kong] | سوکوڠ
Definisi : tiang yg dipasang condong utk menyangga sesuatu (supaya jangan rebah dll), junjungan, penjalaran (utk tumbuh-tumbuhan spt kacang panjang dll); ~ membawa rebah prb orang yg dipercayai itu sendiri yg berkhianat kpd kita; menyokong 1. menyangga (menopang) sesuatu supaya jangan rebah atau roboh: beberapa orang ~ dan memapah dia supaya jangan rebah; 2. menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan dll, memberi bantuan (tenaga, wang, dll), membantu: saya ~ penuh fikiran penulis itu; gerila kami ~ pemberontakan mereka; sokongan 1. sesuatu yg dijadikan sokong (tiang dll), tunjangan; 2. perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dgn atau tanpa bantuan kebendaan, bantuan (wang dll), pertolongan: tidak ada sebuah parti politik yg boleh kekal berkuasa tanpa ~ orang Melayu; ~ moral sokongan yg tidak berupa bantuan kebendaan tetapi yg memberikan perangsang (mengukuhkan semangat dsb); penyokong 1. alat utk menyokong, sokong; 2. orang yg menyokong (membantu, menolong), pengikut: ia tidak segan-segan menghukum orang-orang yg menjadi ~-~ penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[so.kong] | سوکوڠ
Definisi : apa-apa yg dipasang utk menyangga sesuatu yg lain supaya tidak rebah. menyokong 1 menaruh sangga pd sesuatu supaya tidak rebah; menyangga; menopang. 2 memberikan bantuan (baik berupa wang mahupun tenaga dsb); membantu: Saya ~ usul saudara tadi. sokongan 1 hasil menyokong. 2 apa-apa yg diberikan sbg bantuan; pertolongan. penyokong 1 apa-apa yg digunakan utk menyokong; sokong. 2 orang yg memberikan sokongan atau bantuan; penolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)