Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua.tu] | سواتو

Definisi : 1. hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap­-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; sesuatu perkara (hal, barang, dll) yg kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi spt orang mencari ~ yg hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; bersuatu bergabung menjadi satu, bersatu: kita berdua ini ~ perasaan, ~ peringatan, ~ tujuan; mempersuatukan menjadikan bersuatu, mem­persatukan; ®satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua.tu] | سواتو

Definisi : hanya satu; satu saja: Pd ~ hari, mereka telah pergi berguru kpd Adi Putera. sesuatu 1 apa-apa yg belum tentu; barang apa yg kurang tentu: Dia membongkok ke tanah mencari ~. 2 tiap-tiap satu: Drpd ~ ekar, mereka boleh mendapat 300 gantang padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suatu

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Langkas buah papaya.

Bermaksud :

Suatu perkara yang mustahil. langkas = luruh kerana terlampau masak.

 

Lihat selanjutnya...(43)