[su.ka.ci.ta] | سوکاچيتا
Definisi : senang hati, suka hati, kegembiraan, kegirangan: kanak-kanak yg pandai akan berasa ~; mereka dgn ~ mengambil peluang ini; bersukacita bergirang (bersenang) hati, beriang hati, bergembira: sampaikan aku ke karang cinta, di sanalah tempat ~; menyukacitakan menyebabkan jadi sukacita, menjadikan sukacita, menggirangkan, menggembirakan: Rasulullah sentiasa mencari jalan yg ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.ka.ci.ta] | سوکاچيتا
Definisi : 1 perasaan senang hati; kegirangan: Dgn ~nya dimaklumkan bahawa anakanda telah pun lulus dlm peperiksaan yg lalu. 2 girang hati; gembira; senang hati: Tatkala Taj-ul-Muluk dilahirkan, ayahandanya sangatlah ~. bersukacita berasa sukacita; beriang hati; bergirang hati. menyukacitakan menjadikan sukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)