Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~ sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg merosakkan tanaman); bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendah-rendah: sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~; menyungkur 1. menundukkan kepala ren­dah-rendah (spt kerbau hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2. menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn hidungnya mencari akar utk dimakan; tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-sangkar jatuh tertiarap. ~ sembam jatuh ke depan dgn muka mencium tanah. menyungkur me­nundukkan kepala rendah-rendah, spt kerbau hendak berlaga: Kerbau itu pun ~ hendak menyondol. tersungkur jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam: Raja Firaun ~ jatuh, berdarah hidungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungkur
Kata Terbitan : menyungkur, tersungkur,