Definisi : 1. sj pasak atau baji (utk mengetatkan rasuk dll), penyemat (baju dll), susuh, tusuk; ~ igu pasak utk melekatkan igu; ~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul; 2. jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm kulit muka dll utk memaniskan rupa; 3. lubang tempat memasukkan sesuatu (butang dll); ~ baju lubang tempat kancing baju; ~ pelipit tempat meletakkan geligin (pd alat tenun); bersusuk 1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis; bersusuk-susuk, bersusuk-susukan berasak-asakan (kerana terlalu ramai dll); menyusuk 1. mencucuk, menusuk; 2. memasukkan jarum emas dll dlm kulit utk memaniskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 baji atau pasak utk mengetatkan rasuk dll; sesuatu yg digunakan sbg semat: ~ sanggul (kondai) penyemat sanggul. 2 jarum emas dll yg dimasukkan ke dlm badan supaya kelihatan manis atau berseri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)