[sya/]/[syak] | شک
Definisi : rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dsb; menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai; tidak ~ lagi yakin benar, tentu; ~ hati kurang percaya, curiga; ~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi; ~ walang susah hati, khuatir; ~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah prb jangan banyak sangka, bekerja dgn yakin kerana dgn keyakinan sahaja maksud akan tercapai; mengesyaki 1. menaruh syak pd, berasa sangsi pd, mencurigai: ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yg buruk sedang berlaku; 2. menyangka, menduga: Kamal disyaki lari mengikut Komunis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sya/]/[syak] | شک
Definisi : perasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)