Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bir] | تابير

Definisi : 1. kain dll yg digantung utk menyekat (melindungi dll) sesuatu, tirai: bilik tempat Mahat itu sama dgn bilik-bilik lain, tetapi di tengah-tengahnya digantung ~ merah mu­da; 2. ki sesuatu yg menutupi (melin­dungi): saya tahu apa yg ada di sebalik ~ perju­angannya; ~ asap asap utk melindungi kapal perang (gerakan pasukan dll); ~ besi sempadan yg memisahkan negara-negara blok Soviet drpd negara-negara Eropah yg lain; ~-mabir ber­bagai-bagai jenis tabir;bertabir 1. memakai tabir: bahagian amben ~, dan di atas tabir itu tersidai pula kain-kain pelekat dan tuala; 2. ki bertutup dgn, berselindung, berdindingkan; bertabirkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg tabir, bertiraikan: kami duduk di sebelah ruang yg ~ bidai buluh; menabiri 1. menjadi tabir pd: kain yg tebal ~ ruang solat wanita; 2. melindungi (dgn), menutupi (dgn): dia pun ~ dirinya dgn surat khabar; awan larat ~ langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bir] | تابير

Definisi : 1 kain dll yg digantungkan utk melindungi atau utk menyekat sesuatu; tirai: Di tengah bilik itu, tergantung sehelai ~. 2 ki sesuatu yg melindungi atau menutupi: ~ besi rintangan yg dianggap sbg penghalang pertukaran fikiran atau sbg penghalang penyebaran berita secara bebas antara negara yg di bawah kuasa komunis dgn negara lain di dunia. menabiri memasang tabir pd; memberi bertabir: Tempat itu ditabiri kain yg tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabir (kata nama)
Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;,
Kata Terbitan : bertabir, menabiri,

Puisi
 

Tabir-tabir kayu dilintang,
     Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
     Syukur mendapat orang berbudi.


Lihat selanjutnya...(9)