[ta.fa.kur] | تفکر
Definisi : Ar 1. renungan, perenungan; 2. perihal merenung memikirkan sesuatu; 3. pengheningan cipta; bertafakur 1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur; mentafakurkan memikirkan (dgn sedalam-dalamnya); tafakuran sesuatu yg ditafakurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.fa.kur] | تفکر
Definisi : hal atau perbuatan menumpukan perhatian dan fikiran kpd sesuatu. bertafakur menumpukan segenap perhatian dan fikiran kpd sesuatu; mengheningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)