Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap rokok; menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu: Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt alkohol dan dadah; ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll); penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang; penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menagih 1 meminta supaya menjelaskan hutang (yuran dll); men­­­desak supaya membayar: Tiap-tiap awal bulan, beliau datang ~ wang sewa rumah­nya. 2 menuntut supaya menunaikan janji dll. tagihan 1 hasil drpd menagih. 2 wang dll yg ditagih; tuntutan supaya menjelaskan atau me­nunaikan sesuatu. penagihan per­buatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tagih
Kata Terbitan : menagih, tagihan, penagihan, penagih,