[ta.hiy.yat]/[ta.hiy.yat] | تحية
Definisi : Ar 1. penghormatan; 2. ucapan penghormatan terhadap Allah dan Rasul-Nya semasa duduk dlm solat; ~ akhir salah satu rukun solat pd rakaat akhir sebelum salam; ~ awal tahiyat yg dibaca pd rakaat kedua, kecuali solat dua rakaat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.hiy.yat]/[ta.hiy.yat] | تحية
Definisi : bacaan dlm sembahyang yg di dlmnya terkandung ucapan menghormati Allah, doa utk Nabi Muhammad SAW dan juga utk diri sendiri dan sekalian orang mukmin, dua kalimah syahadat dan selawat utk Nabi serta keluarganya. ~ awal tahiyat yg dibaca pd rakaat kedua, kecuali dlm solat dua rakaat. ~ akhir salah satu rukun solat pd rakaat akhir sebelum salam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)