Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menye­rang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawan­an; penaklukan perihal menaklukkan, pena­wan­­an; penakluk orang yg menakluk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.lu/] | تعلوق

Definisi : 1 tunduk kpd sesuatu pemerintah, kuasa dll; mengaku taat: Telah kedengar­an kpd Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kpdnya. 2 (kawasan, negara) yg telah ditundukkan; jajahan: negara ~ kerajaan Siam. menakluk menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. tertakluk 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. taklukan orang atau se­suatu yg telah ditakluk. penaklukan hal (perbuatan dll) menakluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,