Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tal.qin] | تلقين

Definisi : talkin Ar 1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dlm kubur yg dibacakan kpd jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan; 2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut; air ~ air yg di­siram ke atas kubur (orang yg baru sahaja di­kebu­mikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; bertalkin membaca talkin: biar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat; mentalkinkan membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja dikebumikan, atau kpd sese­orang yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tal.qin] | تلقين

Definisi : doa yg dibaca di kubur utk orang yg telah meninggal dunia se­telah kuburnya ditimbus. bertalkin membaca talkin. mentalkinkan mem­baca talkin utk orang yg telah meninggal dan baru dikebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talkin