Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kende­raan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: ke­­pulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg mem­bawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. pe­num­pang atau muatan kenderaan dgn mem­bayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyebe­rang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (me­nam­bangkan); penambang orang yg mengangkut penum­pang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = wang ~ wang yg di­bayarkan utk membawa barang, penumpang dll dgn kenderaan; sewa yg dibayar kerana menaiki kereta dll: ~ bas lebih murah drpd ~ teksi. 2 se­suatu yg digunakan utk membawa penumpang (mengangkut barang dll): kereta ~; sampan ~. menambang 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. me­nambangkan 1 menyewakan ken­­­­­deraan tambang kpd orang lain. 2 membayarkan wang tambang utk orang, barang dll yg dibawa oleh kenderaan tambang. penambangan perbuatan, hal dsb menambang atau menambangkan. penambang orang yg kerjanya mengangkut penumpang dgn perahu tambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang II