Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pal] | تمڤل

Definisi : 1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahit­kan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertam­bal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangun­­an yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menam­pal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pal] | تمڤل

Definisi : a) sj tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), karat besi, tampah besi, Calli­carpa longifolia; b) sj tumbuhan (pokok), kayu darah belut, Phyllanthus reticulatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pal] | تمڤل

Definisi : 1 perca kain dll yg dijahitkan atau yg dilekatkan utk menutup ba­hagian yg koyak. 2 simen, plaster dll yg ditempelkan pd sesuatu. 3 ist tindakan meletakkan teks atau grafik (komputer) yg dipotong dr satu tempat ke tempat yg lain dlm dokumen. bertampal memakai tampal; ada tampalnya: Baju­nya ~. menampal 1 membubuh tam­pal pd (bahagian pakaian yg koyak): Dia ~ seluarnya yg koyak. 2 merekatkan sesuatu pd: Dinding bangunan itu di­tampal dgn gambar calon pilihan raya. menampalkan 1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding. tampalan sesuatu yg ditampalkan. penampal apa-apa yg digunakan utk menampal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampal (kata nama)
1. Bersinonim dengan penampal: perca, tampung, tembel, tambal,

2. Bersinonim dengan lepa: turap, pelekat, plaster,

Kata Terbitan : bertampal, menampal, menampalkan, tertampal, tampalan, penampalan,

Puisi
 

Orang berkuda lalu dipacu,
     Pacu oleh budak-budak;
Mahal sutera beli belacu,
     Tampal-tampal berkain juga.


Lihat selanjutnya...(2)