[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن
Definisi : nama (ringkasan nama) yg ditulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daftar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (membubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian persahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن
Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tandatangan; ada tandatangannya. menandatangani menurunkan atau membubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. penandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)