Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du] | تندو

Definisi : = tanduan 1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kema­lang­an jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~; bertandu diusung dgn tandu, naik tandu: bonda Raja Mansor pun disuruh hantarkan ~ masuk ke dalam; menandu mengusung dgn tandu: maka Ben­dahara Lubuk Batu ditandu oranglah di­bawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.du] | تندو

Definisi : 1 alat yg berupa kerusi dll utk mengusung orang. 2 alat utk mengusung orang sakit, orang yg cedera dll. bertandu diusung di atas tandu; naik tandu. menandu mengusung dgn tandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandu
Kata Terbitan : tanduan, bertandu, menandu,