Definisi : mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan: janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka menangis: ~ benar budak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)