[tang.kis] | تڠکيس
Definisi : tangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan; bulu ~ sj permainan spt tenis dan menggunakan sj bola drpd bulu ayam, badminton; bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd lawan: maka kedelapan hulubalang berpalukan cokmarnya ~; menangkis 1. menepiskan atau mengelakkan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis baginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematahkan serangan musuh: mereka akan diberi penerangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau membalas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali; tangkis-menangkis saling menangkis: maka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~;tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia terpaksa menghadapi pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya; tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis; penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu; penangkis alat utk menangkis: dua ketumbukan askar ~ Jepun dgn satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tang.kis] | تڠکيس
Definisi : ; menangkis 1 mengelakkan pukulan, tikaman dll dgn tangan atau dgn alat; menepis: Dgn mudah saja, dia ~ tikaman perompak itu. Ditangkisnya tikaman itu dgn perisainya. 2 membalas atau mematahkan sesuatu serangan: Mereka telah dpt ~ serangan musuh. tangkis-menangkis saling mengelakkan atau saling menepis pukulan dll; saling menangkis. tangkisan hasil menangkis; tepisan. penangkisan perbuatan atau hal menangkis. penangkis alat utk menangkis: meriam ~ meriam utk menangkis serangan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)