[ta.waf]/[ta.waf] | طواف
Definisi : Ar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dgn syarat tertentu sambil berdoa (bkn orang yg sedang mengerjakan haji atau umrah): pekerjaan yg berhubung dgn umrah, iaitu ~ dan sai; ~ berpisah = ~ widak tawaf yg dilakukan oleh setiap orang yg mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah; ~ ifadat tawaf rukun dlm ibadat haji dan umrah; ~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yg dilakukan oleh setiap orang yg baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana; ~ sunat tawaf biasa yg boleh dilakukan pd bila-bila masa sahaja; bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf: sedang saya ~ di Baitullah dlm orang ber-sesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yg sama-sama sedang melakukan tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.waf]/[ta.waf] | طواف
Definisi : 1 perbuatan berjalan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil berdoa (dilakukan sbg ibadat). ~ ifadah tawaf yg menjadi rukun dlm ibadat haji atau umrah. ~ qudum tawaf yg sunat dilakukan oleh orang-orang yg baru tiba di Mekah. ~ widak tawaf yg wajib dilakukan oleh setiap jemaah haji (umrah) ketika hendak keluar dr Mekah. 2 = bertawaf mengerjakan atau melakukan tawaf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)