Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bertembung 1. berjumpa (dgn tidak sengaja), bersua, bertemu, terjerempak: mereka selalu ~ dgn bapanya yg pulang dr laut; 2. bertemu menjadi satu, bercantum (sungai, jalan, dll): anak-anak sungai itu ~ pula dgn anak-anak sungai yg lebih besar; 3. berlanggaran, bersentuhan: kereta yg di-pandunya ~ dgn lori balak; 4. ki saling berpandangan, bertemu (pandangan): apabila mata ~, pemuda yg berbaju bunga nekat melepaskan senyum; kicang-kecoh ~ ciak prb tiap-tiap perkara yg hendak disiasat hen­daklah ada buktinya; menembungkan menemukan, menye­bab-kan bersua: kedatangan Islam ~ bahasa Melayu dgn bahasa Arab; mempertembungkan menjadikan (menyebab-kan) bertembung, memper­temukan, memper-suakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertem­bungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; pertembungan perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bertembung 1 ber­jumpa dgn tidak disangka-sangka; ter­serempak: Ketika ke pekan tadi, kami telah ~ dgn ibunya di tengah jalan. 2 bertemu menjadi satu (bkn sungai dll); bercantum. 3 berlanggar (bkn kenderaan): Kereta yg dipandunya ~ dgn lori balak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembung (kata nama)
Bersinonim dengan tongkat, belantan, gada, cokmar.,