[tem.pa.yan] | تمڤاين
Definisi : sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyimpan air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tem.pa.yan] | تمڤاين
Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat (bentuknya spt pasu tetapi mulutnya agak kecil) dan digunakan sbg tempat menyimpan air dsb: Air minuman mereka disimpan dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)