Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.diam] | ترديام

Definisi : tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.diam] | ترديام

Definisi : terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdiam

Peribahasa

Seperti kancah ditawar.

Bermaksud :

Ternganga dan terdiam saja tak dapat berkata apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(2)