Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jah] | ترجه

Definisi : menerjah 1. datang atau masuk dgn tiba-tiba: guru ~ ke dlm bilik darjah; 2. me­lang­gar, merempuh dsb seseorang dgn kasar: dia menerima kad kuning kerana ~ pemain lawan; 3. ki meniup dgn kuat: kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin dan hilang dlm kabus; terjahan tindakan atau hasil menerjah: Slovenia gagal menggugat kubu Sepanyol dan mereka hanya berharap menerusi ~ Zlatko Zahovic yg mengharapkan penalti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jah] | ترجه

Definisi : ; menerjah 1 menyerbu, me­landa, merempuh dsb dgn tidak mem­pedulikan apa-apa; melanggar: Ber­bekalkan wang RM5,000, Izat ~ kabus desa dgn teksi menuju ke Kuala Lumpur. 2 tiba, datang dsb dgn laju dan cepat lalu masuk ke dlm atau melanda sesuatu: Pemain itu melakukan sepakan kencang dan bola terus ~ jaring pasukan lawan. Persoalan benarkah kata-kata itu terus ~ fikiranku. Kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin. menerjahkan 1 menghulurkan (sen­jata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. terjahan yg di­terjahkan; hasil menerjah: ~nya yg men­dadak merenggut tali penambat di pancang. Dia membiarkan cebisan surat berselerak akibat ~ angin yg sekali-se­kala demikian menggila. penerjahan perihal, perbuatan dsb menerjah atau menerjahkan. penerjah sesuatu atau seseorang yg menerjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjah