Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lang.sung] | ترلڠسوڠ

Definisi : 1. telah dikerjakan atau dilak­sanakan; 2. terlanjur (kelakuan, perbuatan, dll); ~ perahu boleh balik, ~ cakap tak dapat balik prb sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan hendaklah difikirkan dahulu, kalau sudah terlepas tidak dapat ditarik balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lang.sung] | ترلڠسوڠ

Definisi : terlanjur atau terdorong (bkn kata, motokar, perahu dll); terlajak; terlepas: Motokarnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Rumah patung Kuala Linggi,
     Pohon sena di tepi air;
Sudah terlangsung saya ke mari,
     Bagai minyak bercampur air.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)