Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa] | ترڤا

Definisi : berterpaan banyak yg menyerbu (menyergap): segala anak-anak dara yg taruhan sekaliannya ~ hendak melihat Raja Zainal; menerpa 1. menyerbu dan menerkam (me-nye­rang dll): ia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk, berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di tangan Rosnah; terpaan serbuan, sergapan: tembakan meledak bertubi-tubi dan ~ askar Jepun dr dlm gudang sungguh-sungguh menggamat­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa] | ترڤا

Definisi : ; menerpa bergerak ke depan atau ke sesuatu arah dgn pantas atau dgn tiba-tiba; menyerbu kerana hendak menyerang dll; menerkam: Dia ~ dan memeluk pinggang orang itu. terpaan gerakan ke depan atau ke sesuatu arah dgn pantas atau dgn tiba-tiba; serbuan ketika menerpa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terpa
Rujuk :terkam