[ter.paut] | ترڤاءوت
Definisi : Jk perbezaan, selisih; ®tepaut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ter.paut] | ترڤاءوت
Definisi : 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. terikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, tersua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ter.paut] | ترڤاءوت
Definisi : terikat atau tertambat oleh rasa kasih dll; tertarik akan sesuatu: Hatinya sudah ~ pd anak dagang yg hitam manis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)