Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : (sudah) terpasang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ta.han] | ترتاهن

Definisi : dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(14)