[te.ta.mu] | تتامو
Definisi : orang yg diundang (dijemput) utk menghadiri jamuan dll, orang jemputan, jamu, tamu: dia sibuk melayan ~; ~ kehormat orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ta.mu] | تتامو
Definisi : orang yg diundang utk menghadiri majlis jamuan dll; orang undangan; tamu. ~ kehormat orang yg diundang khas, biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar, utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)