Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dan] | تيندن

Definisi : = tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); menindankan menimbunkan, menindih­kan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dan] | تيندن

Definisi : bahagian pd sesuatu anyaman (terutama di bahagian tepi) yg dianyam berlapis supaya teguh. bertindan 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. menindan membuat tindan (pd barang-barang anyaman). menindani terletak di atas sesuatu yg lain; melapisi. menindankan meletakkan sesuatu di atas yg lain; melapiskan. mempertindankan menyusun su­paya bertindan; menjadikan bertindan. tindanan apa-apa yg bertindan: ~ buku; ~ kain baju. pertindanan hal atau keadaan bertindan; pertindihan. penindanan perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menin­dankan; penindihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindan
Kata Terbitan : bertindan-tindan, menindan, menindankan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(2)